MamaDamia Confinement Care

MamaDamia Confinement Care
Menyediakan perkhidmatan selepas bersalin,rawatan tradisional melayu untuk wanita,penjagaan bayi,penyediaan makanan berpantang,menjual set bersalin tropical herbs amway dan pelbagai keperluan ibu dan bayi. Perkhidmatan kami disediakan dalam pelbagai pakej mengikut keperluan dan bajet pelanggan. Confinement kami mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang perbidanan dan penjagaan wanita berpantang. Kebanyakkan dari kami berlatar belakang keluarga bidan dan tukang urut. Jadi pelanggan tak perlu bimbang dengan kualiti dan kecekapan kami dalam menguruskan ibu-ibu selama tempoh berpantang. Ubat-ubatan yang kami gunakan adalah 100% herba dan selamat digunakan. Selain dari mengunakan produk tropical herbs amway kami juga menyediakan homemade herba dan jamu. MamaDamia Confinement Care telah diasaskan oleh Pn Hafizah iaitu bidan kampung yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang urutan dan menjaga wanita selepas bersalin. Kini kami ingin komersialkan perkhidmatan kami ini bagi membantu wanita-wanita selepas bersalin menjalani tempoh berpantang dengan lebih baik dan berdisplin. Semoga kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua bakal pelanggan kami nanti. Insya'allah.

Sunday, 13 September 2015

MamaDamia Confinement Care

Antara servis yang disediakan :-

1. Penjagaan wanita selepas bersalin

2. Urutan badan untuk wanita sahaja

3. Scrub/Lulur badan

4. Sauna 

5. Masker badan

6. Menjual produk dan pelbagai barangan keperluan bayi

7. Servis masakan pantang

untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh berhubung terus dengan pihak kami 019-6979731 atau 017-9918931 (Pn Zana) atau Email mama.confinement15@gmail.com

Please like our page MamaDamia Confinement Care


Pakej PostNatal Care 2015


Pakej MamaDamia Confinement Care

Pakej 3hari
RM750.00

Urutan Bersalin 3x
Sauna/Tangas 1x
Mandian herba 3x
Scrub Rempah 1x
Meletak Pilis 3x
Bertungku/Berbengkung 3x
Penjagaan bayi (Mandi,Urut,Tuam,Meletakkan Barut dll) 3hari
Penyediaan makanan berpantang 3hari
Laundry (pakaian ibu&bayi sahaja) 3hari





Pakej 7hari  
RM1500.00

Urutan Bersalin 4x
Sauna/Tangas 2x 
Mandian herba 7x 
Scrub Rempah 2x
Meletak Pilis 7x
Bertungku/Berbengkung 7x
Penjagaan bayi (Mandi,Urut,Tuam,Meletakkan Barut dll) 7hari
Penyediaan makanan berpantang 7hari
Laundry (pakaian ibu&bayi sahaja) 7hari









Pakej 14hari 
RM2300

Urutan Bersalin 6x
Sauna/Tangas 3x 
Mandian herba 14x 
Scrub Rempah 3x 
Meletak Pilis 14x
Bertungku/Berbengkung 14x
Penjagaan bayi (Mandi,Urut,Tuam,Meletakkan Barut dll) 7hari
Penyediaan makanan berpantang 7hari
Laundry (pakaian ibu&bayi sahaja) 7hari 

Pakej 21hari 
RM2800


Urutan Bersalin 8x
Sauna/Tangas 4x
Mandian herba 21x
Scrub Rempah 4x
Meletak Pilis 21x
Bertungku/Berbengkung 21x
Penjagaan bayi (Mandi,Urut,Tuam,Meletakkan Barut dll) 21hari
Penyediaan makanan berpantang 21hari
Laundry (pakaian ibu&bayi sahaja) 21hari


1.   Masa Penjagaan 3-5 jam (bergantung kepada siapnya kerja) bermula pukul 8:00 pagi(Isnin-Sabtu) Ahad (cuti)

2. Harga pakej telah termasuk dengan harga ubat-ubatan dan peralatan yang akan digunakan semasa         rawatan(kecuali bengkung). 

3. Caj Pengangkutan telah termasuk didalam harga pakej dan tiada caj tersembunyi yang lain. 

4. Area yang kami cover Ampang,Keramat,Taman Melawati,Wangsa Maju,Wangsa Melawati, Cheras, Pandan Indah,Pandan Jaya,Desa Pandan,Taman Maluri,Gombak

5. Barang mentah untuk masakan pelanggan yang perlu sediakan. Confinement kami hanya memasakkan sahaja.


Syarat-syarat dan tempahan

1. Tempahan hendaklah dilakukan paling lewat 3bulan sebelum tarikh bersalin dan deposit sebanyak 30% akan dikenakan mengikut pakej yang diambil. Tempahan disaat akhir tidak digalakkan kerana bimbang jadual confinement kami padat,jika ada confinement tambahan RM50 akan dikenakan kerana kelewatan tempahan.

2. Deposit tidak akan dikembalikan jika pelanggan membatalkan servis ini serta merta. Ini kerana confinement kami telah bersedia lebih awal dari jangka waktu bersalin pelanggan dan mereka tidak mengambil tempahan lain dan deposit ini adalah sebagai jaminan bahawa pelanggan benar-benar memerlukan servis ini.

3. Jika confinement kami mengalami sebarang masalah semasa tempoh penjagaan pihak kami berhak mengantikan confinement itu dengan confinement yang lain. Tiada pemulangan deposit akan dilakukan kecuali pihak kami tidak dapat menyediakan confinement yang baru,dan deposit akan ditolak mengikut pekerjaan yang telah dilakukan oleh confinement sebelum itu.

4. Confinement kami berhak untuk memberhentikan perkhidmatannya jika ada berlaku sebarang kesilapan dari pelanggan seperti menganggu kerja confinement,diperlakukan seperti pembantu rumah, menerima arahan dari orang lain selain dari pelanggan dan membuat pekerjaan lain selain daripada yang terdapat didalam pakej. Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya berlaku perkara sebegini.

6. Baki pembayaran pakej hendaklah dijelaskan pada hari terakhir confinement kami dirumah pelanggan. Cara pembayaran adalah tunai dan terus kepada confinement kami.

Untuk tempahan serta ingin mengetahui mengenai pakej dan servis kami sila hubungi

019-6979731 atau 017-9918931 (Zana)
Email : mama.confinement15@gmail.com



Makanan ibu dalam pantang – Petua orang dulu-dulu


Salam,

Berikut adalah petikan artikel dari Utusan Malaysia yang dikeluarkan pada 15/5/2007.
Semoga ia menjadi panduan berguna buat ibu dan bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi.

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
Okay, itu saja untuk kali ini.

Amalan Berpantang secara Tradisional



1. BERTUNGKU
- Alat yang digunakan adalah batu tungku- dipanaskan di atas api dalam masa setengah hingga 1 jam
- Bahan2 lain yg digunakan bersama- daun mengkudu @ daun sirih @ daun lengkuas
- Tujuan:
a. Menghangatkan badan ibu
b. Membuang angin dalam badan (termasuk angin meroyan)
c. Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
d. Membetulkan dan melancarkan perjalanan darah
- Cara-cara: Bertungku mula dari pangkal paha, berhampiran ari-ari @ bawah pusat, atas perut (bawah cik B), tapak kaki dan tumit.
- Bertungku dilakukan terus setiap hari sehingga habis pantang.

sin
2. BERURUT
- Dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku
- Seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut
- Atau di penghujung pantang pada hari ke 42 hingga ke 44, hari ke 60 dan hari ke 100 pantang
- Tujuan:
a. Memulihkan kesegaran tubuh badan
b. Melancarkan peredaran darah
c. Membuang angin di dalam badan
d. Membetulkan urat
e. Memperkemaskan bahagian perut
f. Mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran dari dalam badan
g. Melancarkan pengaliran susu

3. MANDIAN SEMASA BERPANTANG
- Ada 2 jenis iaitu mandian air rebusan daun (aku hanya nak citer pasal nih aje)/ mandi lulur (gunakan bahan lulur)
- Mandi air rebusan daun dilakukan selepas berurut & bertungku
- Dilakukan selama 2 minggu
- Bahan-bahan: daun kunyit terus, daun lenggundi, daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun inai, daun mengkudu, rempah halba dan daun limau purut
- Contoh ramuan yg diperlukan:
a. 10 helai daun limau purut
b. 4 biji halia muda
c. 7 helai daun pandan
d. 2 helai daun kunyit hitam
e. seketul lengkuas
f. segenggam halba (dipunjutkan ala2 sup bunjut adabi tuh)
- Cara-cara penyediaan air mandian:
a. Gunakan periuk tanah
b. Bahan2 dibasuh dan dijerangkan bersama air di atas api sederhana
c. Masukkan halba yg dipunjutkan
d. Setelah air siap, campurkan dengan air pili bersama air rebusan tersebut dan pastikan suhu suam2 kuku jek...
- Cara-cara mandi dengan air rebusan daun
a. Jirus mulai dari bahagian ibu kaki kanan hingga ke pinggang (ulang pada kaki kiri)- supaya urat tidak tersentak bila terkena air
b. ulang jirus kaki ke bahu bahagian kanan (ulangi di bahagian kaki kiri)
c. mandi keseluruhan badan
d. Daun-daun dari air rebusan dan punjut halba boleh guna untuk digosokkan ke bahagian badan
- Tujuan:
a. Mengeluarkan angin
b. Mengendurkan otot
c. Menghaluskan kulit
d. Awet muda

4. MEMAKAI BENGKUNG
- Sebelum memakai bekung:
a. Sapukan perut dengan ubat barut (tepel) yang dicampurkan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis (atau guna ubat barut yg dh siap ada dlm set bersalin yg korang beli)
- Khasiat tepel:
a. Mengurangkan rasa sakit di perut
b. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor
c. Mengempiskan perut
d. Memulihkan kondisi perut
- Selain itu rawatan luar yg perlu:
a. pemakaian param- ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin
b. pemakaian pilis- disapukan memanjang menutupi dahi supaya dapat menghilangkan rasa pening kepala

5. PEMAKANAN
- Di awal2 bersalin- makan makanan kering untuk mengecutkan rahim
- Adalah dilarang sama sekali memakan makanan yang: pedas/ gatal/ berlemak dan berminyak
- Tujuan: Mengelakan angin meroyan @ tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asal
- Ada yang mengatakan jika minum air batu (of course la tak boleh) dan minum terlalu banyak air akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang (yang minum air ni mungkin air yg sejuk bedi kot, kalu minum air biarlah air suam sbb air perlu utk ibu2 yang BF)
- Mengurangkan pengambilan makanan: bergula, lemak, berminyak yang berlebihan
- Cara-cara memasak makanan ketika berpantang: Panggang, Rebus, Dikukus
- Penggunaan bahan2 ini sebagai bahan perasa adalah sangat digalakkan:
a. Lada Hitam
b. Halia
c. Serai
d. Asam gelugur
e. rempah ratus
- Ulam-ulaman: Pegaga/ kunyit/ halia/ cekur dan mengkudu
- Mengelakkan makanan berangin:
a. dari kekacang: kering/ kacang panjang/ kacang soya
b. susu/ hasil susu: susu/ ais krim/ keju
c. sayuran: kobis/ lobak putih/ lobak merah/ kubis brussel/ bawang/ kobis bunga/ asparagus/ timun/ brokoli
d. sayuran berubi: kentang/ sengkuang
e. buah2an: prun/ aprikot/ epal/ kismis/ pisang/ sukun/ pear/ pic
f. bijirin/roti: makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk pastri, roti dan bijirin
g. makanan berlemak: yang bergoreng
h. cecair: minuman bergas
i. seserat: kacang/ oat/ kacang panggang
Memakai bengkung

Bengkung tradisional zig zag




Antara 'pakaian' wajib semasa berpantang adalah bengkung. Kebiasaannya, untuk mereka yang melahirkan secara normal, boleh terus memakai bengkung.. manakal yang melalui pembedahan.. dinasihatkan memakai bengkung selepas seminggu atau lebih. Tapi .. kini ada bengkung moden untuk mereka yang melahirkan secara pembedahan. Bagus bukan?
Sebelum memakai bengkung, perut disapukan dengan tapel yang dicampurkan air atau perahan limau nipis dan kapur sirih. Tapel berupaya mengurangkan sakit di perut dan mengempiskan perut. Pada kebiasaannya, selepas menyapu tapel, perut di alas dengan potongan kain batik buruk atau kain belacu untuk mengelakkan bengkung menjadi kotor. Untuk mereka tak suka pada tapel, boleh la menyapu losyen halia atau yang sewaktu dengannya.
Bengkung perlu diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Hal ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.

PENJAGAAN BAYI SELEPAS BERSALIN



PENYUSUAN SUSU IBU

Penyusuan susu ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumber zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi.

Bagi ibu yang melahirkan anak sulung,proses penyusuan adalah satu pengalaman yang baru. Pada waktu ini sesetengah wanita mengeluarkan air jernih bukan susu yang di gelar colostrums. Ini juga mengandungi khasiat pemakanan yang baik untuk bayi. Pada hari pertama dan berikutnya jika susu ibu tidak mencukupi,bayi boleh diberikan susu botol. Namun begitu, ibu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.



MEMBEDUNG PERUT BAYI


 
• Membantu bayi anda tidur dengan lena dan tidak mudah terkejut dengan bunyi bising. Perlu diingat, bayi yang baru lahir perlukan sekitar 12 jam waktu tidur yang berkualiti untuk tumbesaran yang sihat.

• Mengelakkan bayi anda berjalan mengekang apabila dewasa kelak.

• Membantu bayi anda merasa selamat seperti berada di dalam perut ibunya.

• Supaya bayi anda tidur dengan lurus dan tidak meringkuk. Ini seterusnya membantu menegakkan dan menguatkan otot dan tulang bayi anda.

• Memastikan bayi anda tidak mencakar atau menggaru muka dan badannya. Ialah, bayi masih belum peka deria sakitnya. Bayi akan menggaru sehingga kulit melecet dengan teruk.



MEMBALUT PERUT BAYI
• Mengelakkan kembung perut

• Melindungi sisa tali pusat dari digigit serangga.

• Mengelakkan sisa tali pusat tertanggal secara kasar. Jika, dilindungi barut, sisa tali pusat akan mudah tanggal dengan sendiri tanpa menyakiti bayi.



PETUA PENJAGAAN BAYI

 PETUA MENGURANGKAN CIRIT- BIRIT
• Cirit-birit biasanya berlaku pada bayi yang diberikan susu formula.Keadaan ini terjadi kerana bayi alah kepada susu lembu atau botol susu yang kurang bersih.
• Petua merawat masalah cirit-birit dalam kalangan bayi ialah dengan menukar susu formula kepada susu yang berasaskan soya kerana ia lebih lembut dengan perut bayi.


PETUA MENGURANGKAN SELSEMA PADA BAYI
• Ambil kunyit hidup dan gesekkan dengan kapur makan kemudian sapu pada sepanjang batang hidung bayi.


• Gunakan madu kerana madu boleh mengeringkan kahak.Caranya ialah dengan mencampurkan madu dalam susu bayi atau beri mereka minum madu setiap hari.

Pakej 2015

Pakej PostNatal Care 2015


Pakej MamaDamia Confinement Care

Pakej 3hari
RM750.00

Urutan Bersalin 3x
Sauna/Tangas 1x
Mandian herba 3x
Scrub Rempah 1x
Meletak Pilis 3x
Bertungku/Berbengkung 3x
Penjagaan bayi (Mandi,Urut,Tuam,Meletakkan Barut dll) 3hari
Penyediaan makanan berpantang 3hari
Laundry (pakaian ibu&bayi sahaja) 3hari





Pakej 7hari  
RM1500.00

Urutan Bersalin 4x
Sauna/Tangas 2x 
Mandian herba 7x 
Scrub Rempah 2x
Meletak Pilis 7x
Bertungku/Berbengkung 7x
Penjagaan bayi (Mandi,Urut,Tuam,Meletakkan Barut dll) 7hari
Penyediaan makanan berpantang 7hari
Laundry (pakaian ibu&bayi sahaja) 7hari









Pakej 14hari 
RM2300

Urutan Bersalin 6x
Sauna/Tangas 3x 
Mandian herba 14x 
Scrub Rempah 3x 
Meletak Pilis 14x
Bertungku/Berbengkung 14x
Penjagaan bayi (Mandi,Urut,Tuam,Meletakkan Barut dll) 7hari
Penyediaan makanan berpantang 7hari
Laundry (pakaian ibu&bayi sahaja) 7hari 

Pakej 21hari 
RM2800


Urutan Bersalin 8x
Sauna/Tangas 4x
Mandian herba 21x
Scrub Rempah 4x
Meletak Pilis 21x
Bertungku/Berbengkung 21x
Penjagaan bayi (Mandi,Urut,Tuam,Meletakkan Barut dll) 21hari
Penyediaan makanan berpantang 21hari
Laundry (pakaian ibu&bayi sahaja) 21hari


1.   Masa Penjagaan 3-5 jam (bergantung kepada siapnya kerja) bermula pukul 8:00 pagi(Isnin-Sabtu) Ahad (cuti)

2. Harga pakej telah termasuk dengan harga ubat-ubatan dan peralatan yang akan digunakan semasa         rawatan(kecuali bengkung). 

3. Caj Pengangkutan telah termasuk didalam harga pakej dan tiada caj tersembunyi yang lain. 

4. Area yang kami cover Ampang,Keramat,Taman Melawati,Wangsa Maju,Wangsa Melawati, Cheras, Pandan Indah,Pandan Jaya,Desa Pandan,Taman Maluri,Gombak

5. Barang mentah untuk masakan pelanggan yang perlu sediakan. Confinement kami hanya memasakkan sahaja.


Syarat-syarat dan tempahan

1. Tempahan hendaklah dilakukan paling lewat 3bulan sebelum tarikh bersalin dan deposit sebanyak 30% akan dikenakan mengikut pakej yang diambil. Tempahan disaat akhir tidak digalakkan kerana bimbang jadual confinement kami padat,jika ada confinement tambahan RM50 akan dikenakan kerana kelewatan tempahan.

2. Deposit tidak akan dikembalikan jika pelanggan membatalkan servis ini serta merta. Ini kerana confinement kami telah bersedia lebih awal dari jangka waktu bersalin pelanggan dan mereka tidak mengambil tempahan lain dan deposit ini adalah sebagai jaminan bahawa pelanggan benar-benar memerlukan servis ini.

3. Jika confinement kami mengalami sebarang masalah semasa tempoh penjagaan pihak kami berhak mengantikan confinement itu dengan confinement yang lain. Tiada pemulangan deposit akan dilakukan kecuali pihak kami tidak dapat menyediakan confinement yang baru,dan deposit akan ditolak mengikut pekerjaan yang telah dilakukan oleh confinement sebelum itu.

4. Confinement kami berhak untuk memberhentikan perkhidmatannya jika ada berlaku sebarang kesilapan dari pelanggan seperti menganggu kerja confinement,diperlakukan seperti pembantu rumah, menerima arahan dari orang lain selain dari pelanggan dan membuat pekerjaan lain selain daripada yang terdapat didalam pakej. Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya berlaku perkara sebegini.

6. Baki pembayaran pakej hendaklah dijelaskan pada hari terakhir confinement kami dirumah pelanggan. Cara pembayaran adalah tunai dan terus kepada confinement kami.

Untuk tempahan serta ingin mengetahui mengenai pakej dan servis kami sila hubungi

019-6979731 atau 017-9918931 (Zana)
Email : mama.confinement15@gmail.com