MamaDamia Confinement Care

MamaDamia Confinement Care
Menyediakan perkhidmatan selepas bersalin,rawatan tradisional melayu untuk wanita,penjagaan bayi,penyediaan makanan berpantang,menjual set bersalin tropical herbs amway dan pelbagai keperluan ibu dan bayi. Perkhidmatan kami disediakan dalam pelbagai pakej mengikut keperluan dan bajet pelanggan. Confinement kami mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang perbidanan dan penjagaan wanita berpantang. Kebanyakkan dari kami berlatar belakang keluarga bidan dan tukang urut. Jadi pelanggan tak perlu bimbang dengan kualiti dan kecekapan kami dalam menguruskan ibu-ibu selama tempoh berpantang. Ubat-ubatan yang kami gunakan adalah 100% herba dan selamat digunakan. Selain dari mengunakan produk tropical herbs amway kami juga menyediakan homemade herba dan jamu. MamaDamia Confinement Care telah diasaskan oleh Pn Hafizah iaitu bidan kampung yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang urutan dan menjaga wanita selepas bersalin. Kini kami ingin komersialkan perkhidmatan kami ini bagi membantu wanita-wanita selepas bersalin menjalani tempoh berpantang dengan lebih baik dan berdisplin. Semoga kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua bakal pelanggan kami nanti. Insya'allah.

Sunday, 13 September 2015

Amalan Berpantang secara Tradisional



1. BERTUNGKU
- Alat yang digunakan adalah batu tungku- dipanaskan di atas api dalam masa setengah hingga 1 jam
- Bahan2 lain yg digunakan bersama- daun mengkudu @ daun sirih @ daun lengkuas
- Tujuan:
a. Menghangatkan badan ibu
b. Membuang angin dalam badan (termasuk angin meroyan)
c. Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
d. Membetulkan dan melancarkan perjalanan darah
- Cara-cara: Bertungku mula dari pangkal paha, berhampiran ari-ari @ bawah pusat, atas perut (bawah cik B), tapak kaki dan tumit.
- Bertungku dilakukan terus setiap hari sehingga habis pantang.

sin
2. BERURUT
- Dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku
- Seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut
- Atau di penghujung pantang pada hari ke 42 hingga ke 44, hari ke 60 dan hari ke 100 pantang
- Tujuan:
a. Memulihkan kesegaran tubuh badan
b. Melancarkan peredaran darah
c. Membuang angin di dalam badan
d. Membetulkan urat
e. Memperkemaskan bahagian perut
f. Mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran dari dalam badan
g. Melancarkan pengaliran susu

3. MANDIAN SEMASA BERPANTANG
- Ada 2 jenis iaitu mandian air rebusan daun (aku hanya nak citer pasal nih aje)/ mandi lulur (gunakan bahan lulur)
- Mandi air rebusan daun dilakukan selepas berurut & bertungku
- Dilakukan selama 2 minggu
- Bahan-bahan: daun kunyit terus, daun lenggundi, daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun inai, daun mengkudu, rempah halba dan daun limau purut
- Contoh ramuan yg diperlukan:
a. 10 helai daun limau purut
b. 4 biji halia muda
c. 7 helai daun pandan
d. 2 helai daun kunyit hitam
e. seketul lengkuas
f. segenggam halba (dipunjutkan ala2 sup bunjut adabi tuh)
- Cara-cara penyediaan air mandian:
a. Gunakan periuk tanah
b. Bahan2 dibasuh dan dijerangkan bersama air di atas api sederhana
c. Masukkan halba yg dipunjutkan
d. Setelah air siap, campurkan dengan air pili bersama air rebusan tersebut dan pastikan suhu suam2 kuku jek...
- Cara-cara mandi dengan air rebusan daun
a. Jirus mulai dari bahagian ibu kaki kanan hingga ke pinggang (ulang pada kaki kiri)- supaya urat tidak tersentak bila terkena air
b. ulang jirus kaki ke bahu bahagian kanan (ulangi di bahagian kaki kiri)
c. mandi keseluruhan badan
d. Daun-daun dari air rebusan dan punjut halba boleh guna untuk digosokkan ke bahagian badan
- Tujuan:
a. Mengeluarkan angin
b. Mengendurkan otot
c. Menghaluskan kulit
d. Awet muda

4. MEMAKAI BENGKUNG
- Sebelum memakai bekung:
a. Sapukan perut dengan ubat barut (tepel) yang dicampurkan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis (atau guna ubat barut yg dh siap ada dlm set bersalin yg korang beli)
- Khasiat tepel:
a. Mengurangkan rasa sakit di perut
b. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor
c. Mengempiskan perut
d. Memulihkan kondisi perut
- Selain itu rawatan luar yg perlu:
a. pemakaian param- ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin
b. pemakaian pilis- disapukan memanjang menutupi dahi supaya dapat menghilangkan rasa pening kepala

5. PEMAKANAN
- Di awal2 bersalin- makan makanan kering untuk mengecutkan rahim
- Adalah dilarang sama sekali memakan makanan yang: pedas/ gatal/ berlemak dan berminyak
- Tujuan: Mengelakan angin meroyan @ tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asal
- Ada yang mengatakan jika minum air batu (of course la tak boleh) dan minum terlalu banyak air akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang (yang minum air ni mungkin air yg sejuk bedi kot, kalu minum air biarlah air suam sbb air perlu utk ibu2 yang BF)
- Mengurangkan pengambilan makanan: bergula, lemak, berminyak yang berlebihan
- Cara-cara memasak makanan ketika berpantang: Panggang, Rebus, Dikukus
- Penggunaan bahan2 ini sebagai bahan perasa adalah sangat digalakkan:
a. Lada Hitam
b. Halia
c. Serai
d. Asam gelugur
e. rempah ratus
- Ulam-ulaman: Pegaga/ kunyit/ halia/ cekur dan mengkudu
- Mengelakkan makanan berangin:
a. dari kekacang: kering/ kacang panjang/ kacang soya
b. susu/ hasil susu: susu/ ais krim/ keju
c. sayuran: kobis/ lobak putih/ lobak merah/ kubis brussel/ bawang/ kobis bunga/ asparagus/ timun/ brokoli
d. sayuran berubi: kentang/ sengkuang
e. buah2an: prun/ aprikot/ epal/ kismis/ pisang/ sukun/ pear/ pic
f. bijirin/roti: makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk pastri, roti dan bijirin
g. makanan berlemak: yang bergoreng
h. cecair: minuman bergas
i. seserat: kacang/ oat/ kacang panggang

No comments:

Post a Comment