MamaDamia Confinement Care

MamaDamia Confinement Care
Menyediakan perkhidmatan selepas bersalin,rawatan tradisional melayu untuk wanita,penjagaan bayi,penyediaan makanan berpantang,menjual set bersalin tropical herbs amway dan pelbagai keperluan ibu dan bayi. Perkhidmatan kami disediakan dalam pelbagai pakej mengikut keperluan dan bajet pelanggan. Confinement kami mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang perbidanan dan penjagaan wanita berpantang. Kebanyakkan dari kami berlatar belakang keluarga bidan dan tukang urut. Jadi pelanggan tak perlu bimbang dengan kualiti dan kecekapan kami dalam menguruskan ibu-ibu selama tempoh berpantang. Ubat-ubatan yang kami gunakan adalah 100% herba dan selamat digunakan. Selain dari mengunakan produk tropical herbs amway kami juga menyediakan homemade herba dan jamu. MamaDamia Confinement Care telah diasaskan oleh Pn Hafizah iaitu bidan kampung yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang urutan dan menjaga wanita selepas bersalin. Kini kami ingin komersialkan perkhidmatan kami ini bagi membantu wanita-wanita selepas bersalin menjalani tempoh berpantang dengan lebih baik dan berdisplin. Semoga kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua bakal pelanggan kami nanti. Insya'allah.

Sunday, 13 September 2015

Memakai bengkung

Bengkung tradisional zig zag




Antara 'pakaian' wajib semasa berpantang adalah bengkung. Kebiasaannya, untuk mereka yang melahirkan secara normal, boleh terus memakai bengkung.. manakal yang melalui pembedahan.. dinasihatkan memakai bengkung selepas seminggu atau lebih. Tapi .. kini ada bengkung moden untuk mereka yang melahirkan secara pembedahan. Bagus bukan?
Sebelum memakai bengkung, perut disapukan dengan tapel yang dicampurkan air atau perahan limau nipis dan kapur sirih. Tapel berupaya mengurangkan sakit di perut dan mengempiskan perut. Pada kebiasaannya, selepas menyapu tapel, perut di alas dengan potongan kain batik buruk atau kain belacu untuk mengelakkan bengkung menjadi kotor. Untuk mereka tak suka pada tapel, boleh la menyapu losyen halia atau yang sewaktu dengannya.
Bengkung perlu diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Hal ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.

No comments:

Post a Comment